Thursday, 19 May 2011

Tipu kalau aku katakan yang aku tak pernah fikirkan perkara yang satu ini...aku pun sama macam manusia yang lain. Punya perasaan untuk memiliki dan dimiliki. Tapi mengapa aku masih sendiri begini? Apa kurangya aku? Selalu aku fikirkan apa tak kena dengan aku. Kiranya aku punya segalanya kini hasil dari titik peluh selama ini. Dan mungkin sebab punya segalanya meyebabkan kaum yang satu itu takut untuk mendekatiku. Mungkin mereka fikirkan aku mestilah kategori high demand.... Taklah. mana ada...mereka memang tak pernah kenal aku. Kenapa mereka takut untuk cuba..aku tak pernah merasa bangga atau meninggi diri dengan apa yang aku ada sekarang. cuma mereka yg mengganggap begitu...Tolong lah! Aku bukan sebegitu. Aku tak pernah memandang harta benda serta kedudukan dan paras rupa. Yang aku cari adalah seseorang yang dapat aku berpaut padanya dan membimbing aku di dunia dan akhirat. Yang boleh menjadi imam ketika aku melaksanakan tanggungjawabku pada yang SATU. Kerna bagiku harta boleh dicari tetapi aku mahu berlaku seiring.... tidak hanya ke rah duniawi sahaja dan meninggalkan akhirat.... YA ALLAH, doaku kau ketemukan aku dengan seseorang yang boleh menjaga ku serta keluargaku, menerima ku dengan seadanya...Dan aku percaya dengan ketentuan yang telah kau tetapkan...AMIN.

Thursday, 5 May 2011

Pelita hatiku...

Hari-hari kite perlu keje...x keje xdelah duit nak byr segala bagai. Nak buat mcm mana.. memang itulah adat dunia. Dulu mase kite kecik2 selalu sangat mak bapak kite, cikgu kita kate nak duit kena belajar rajin2, sampai u dapat le keje besh2 dan boleh le beli mcm2.. betul lah ape yang dorang ckp tu...cuma kite mase tu x aspect la yg bile nak beli mcm2 tuh banyak le kita bayar.. Lagi banyak yang dibeli banyak lagi le yang kite nak kena bayar bulan2..dan td aku dgr ramai gak penjawat awam yang diistiharkan bankrap. Mana x bankrap kalau mcm2 hutang yang ditanggung walaupn masih muda...Adakah aku tergolong dlm golongan itu? Kemungkinan. Tapi aku x bankrap lg kot. Aku berhutang demi keluarga..menyenang dan memudahkan keluarga. Walaupun aku adalah yg paling muda dlm kuarga tp aku rasakan aku lah yg paling bertanggungjwab untuk menyediakan segala bagai.. Dan bertuahlah badan bg mereka yang lahirnya dari keluarga yg senang dan tanggungjawab yg berat itu ditanggung oleh kakak atau abang yag lebih tua..mcm aku lain. Aku yg paling mampu dalam keluarga. Maka aku lah yg memegang segalanya. Mak aku selalu kata. Kesian tengok aku yg terpaksa berkorban untuk family.. Aku baru lagi bekerja belum puas mendapat gaji dan membelanjakan gaji untuk sendiri namun dah terpaksa berkorban utk keluarga. Mengikat perut dan berjimat tuk mereka. Dan aku tak kisah. Umur mak pun bukannya muda lagi. Dah nak masuk 58. Dan sepatutnya dia merasa semua itu.. Bila lagi kalau bukan sekarang..cuma dia sedih. Umur aku makin meningkat dan sepatutnya aku sudah berkeluarga sendiri. Tp aku lebihkan mereka. Aku x kisahkan semua tu. Sebab bila lagi. Ajal dan maut bila2 boleh dtg. Contohnya Awrah adik dan nenek aku yang meninggal 3 thn yg dulu. Sampai sekarang aku masih lagi terkilan sebab mereka tidak mampu mengecapi semua yang kami rasakan sekarang. Dan baru2 ini pakcik aku merangkap abang mak aku meninggal. Cuma sakit seminggu dan terus meninggal. Masih muda dalam lingkungan 59 tahun. Allah mahu menjemput hambanya tidak mengira masa. Dan sebab itu aku selalu terpikir kalau kita rasakan nak lakukan sesuatu maksudnya yang baik-baik, lakukan lah sekarang. Sebab kita tak tahu bila masa kita atau orang yang kita sayang akan dipanggil kembali kepadanya. Jangan bila dah terjadi barulah nak menyesal. Bersiap sedia dari sekarang. Walau hati tak kuat tapi tetap juga perlu menerima. Qada' dan Qadar Allah kita kena terima. Cuma aku minta daripadanya Allah rahmati diri kami sekeluarga dan jauhkan kami dari orang-orang yang mendengkikan diri kami. Moga mereka menerima keinsafan darinya kerana kami pernah menerima bermacam-macam dugaan. Semoga kesabaran kami masih Jitu dan Teguh seperti dulu... Amin. Untuk mak dan keluarga aku tak pernah tak sayangkan kalian semua kerana tanpa kalian tidak akan ada aku yang seperti aku sekarang. Kalianlah PELITA yang meneranggi hidup aku dan aku juga mahu menjadi PELITA kalian buat selama-lamanya.

Wednesday, 27 April 2011

Post yang Pertama

Ikhlas aku katakan aku mengambil langkah untuk menulis dalam blog kerana aku perlu meluahkan apa yang disimpan dalam hati aku kepada seseorang. Tapi kepada siapa? Kerana sejak dari dulu sampai sekarang ramai kenalan yang ku jumpa kebanyakkannya tidak boleh menyimpan rahsia. Lebih banyak orang yang dijumpai maka akan lebih banyak lah percakapan yang dikatakan sebagai TAK SENGAJA yang akan keluar... Rahsia bukan lagi rahsia kalau sudah diceritakan kepada orang LAIN. Aku pelik betul dengan perangai manusia yang sanggup mendengar dan seterusnya berJANJI tidak akan membocorkannya. Tapi bila dikatakan manusia tetap namanya manusia. Janji memang hanya tinggal janji. Justeru aku mengambil keputusan untuk membuat BLOG ini yang aku rasakan perlu untuk aku mencari tempat luahan... yang aku rasakan tiada sesiapa mengenali ku dan aku bebas berkata apa jua. Nampak PENGECUT tetapi bagiku kadang kala kita terpaksa menjadi sedemikian kerana kalau terlampau BERKATA-KATA di depan pun belum tentu betulnya....