Wednesday, 27 April 2011

Post yang Pertama

Ikhlas aku katakan aku mengambil langkah untuk menulis dalam blog kerana aku perlu meluahkan apa yang disimpan dalam hati aku kepada seseorang. Tapi kepada siapa? Kerana sejak dari dulu sampai sekarang ramai kenalan yang ku jumpa kebanyakkannya tidak boleh menyimpan rahsia. Lebih banyak orang yang dijumpai maka akan lebih banyak lah percakapan yang dikatakan sebagai TAK SENGAJA yang akan keluar... Rahsia bukan lagi rahsia kalau sudah diceritakan kepada orang LAIN. Aku pelik betul dengan perangai manusia yang sanggup mendengar dan seterusnya berJANJI tidak akan membocorkannya. Tapi bila dikatakan manusia tetap namanya manusia. Janji memang hanya tinggal janji. Justeru aku mengambil keputusan untuk membuat BLOG ini yang aku rasakan perlu untuk aku mencari tempat luahan... yang aku rasakan tiada sesiapa mengenali ku dan aku bebas berkata apa jua. Nampak PENGECUT tetapi bagiku kadang kala kita terpaksa menjadi sedemikian kerana kalau terlampau BERKATA-KATA di depan pun belum tentu betulnya....

No comments:

Post a Comment