Thursday, 19 May 2011

Tipu kalau aku katakan yang aku tak pernah fikirkan perkara yang satu ini...aku pun sama macam manusia yang lain. Punya perasaan untuk memiliki dan dimiliki. Tapi mengapa aku masih sendiri begini? Apa kurangya aku? Selalu aku fikirkan apa tak kena dengan aku. Kiranya aku punya segalanya kini hasil dari titik peluh selama ini. Dan mungkin sebab punya segalanya meyebabkan kaum yang satu itu takut untuk mendekatiku. Mungkin mereka fikirkan aku mestilah kategori high demand.... Taklah. mana ada...mereka memang tak pernah kenal aku. Kenapa mereka takut untuk cuba..aku tak pernah merasa bangga atau meninggi diri dengan apa yang aku ada sekarang. cuma mereka yg mengganggap begitu...Tolong lah! Aku bukan sebegitu. Aku tak pernah memandang harta benda serta kedudukan dan paras rupa. Yang aku cari adalah seseorang yang dapat aku berpaut padanya dan membimbing aku di dunia dan akhirat. Yang boleh menjadi imam ketika aku melaksanakan tanggungjawabku pada yang SATU. Kerna bagiku harta boleh dicari tetapi aku mahu berlaku seiring.... tidak hanya ke rah duniawi sahaja dan meninggalkan akhirat.... YA ALLAH, doaku kau ketemukan aku dengan seseorang yang boleh menjaga ku serta keluargaku, menerima ku dengan seadanya...Dan aku percaya dengan ketentuan yang telah kau tetapkan...AMIN.

No comments:

Post a Comment